counting days

Followers B2B

Monday, November 19, 2012

Tips sebelum menggubah hantaran

Ada beberapa step yang MESTI kita ambilkira sebelum memulakan kerja2 menggubah hantaran JIKA memilih kaedah DIY..

1) PILIH WARNA TEMA: penting sebab apabila kita dapat je tarikh, benda pertama kita akan fikir adalah..warna tema. trust me! hehe

2) PILIH KONSEP BUNGA: semua jenis gubahan kat dunia nie mesti akan gunakan bunga. Dah memang menjadi lumrah. Jadi, pilih 1 ikut hati, mana berkenan..cari yang simple kalau kesuntukan masa. Tapi, kalau ada berbulan-blan untuk prepare, boleh pilih bunga yang complicated siket.

3) BERAPA DULANG HANTARAN??: Jumlah dulang ni penting sebab nak tentukan, sama ada kita nak gubah secara crowded atau gaya ringkas. Kalau jumlah dulang lebih daripada 13, saya nasihatkan cari gaya yang ringkas dan jimat kos.

4) PILIH BASE: Apa itu base? Maksud saya kat sini, ada yang guna lapik dulang, styrofoam, bantal, bakul rotak, bakul besi..semua bergantung pada bujet masing2. Tapi, kalau yang bnak gaya mewah, tak perlu gunakan dulang..boleh ganti dengan bakul besi berkaki, sangkar atau bakul2 style yang berkaki..banyak pilihan dah sekarang sebab memudahkan bila nak angkat nanti. KELEMAHANNYA, susah nak simpan selepas digunakan nanti..take notes!

5) TIMING & PLANNING: Sebaik-baiknya, bermula sekurang-kurangnya 6 bulan awal untuk pilih tema, konsep, buat bunga sendiri, survey bakul atau base form..3 bulan sebelum majlis, barulah kita mula membeli barang-barang hantaran sedikit demi sedikit. Ingat!! Gubah mengikut barang hantaran, bukan beli barang hantaran mengikut gubahan..thats the procedure untuk elak pembaziran! PERFUME, JAM mesti beli lewat untuk menjaga kualiti barang tersebut.

6) ADVICE: Kalau nak jimat kos, gunalah styrofoam base, balut dengan kain linen atau satin. Bentuk? terpulang. Kemudian, beli stock barang2 gubahan ini in bulk..jangan beli satu2, mahal dan bazir. One more thing, kalau beli siket2, takut stock habis..mengganggu kerja2 menggubah.


GOOD LUCK! Nanti saya share, hasil kreativiti saya di lain entry. Daaaaaaaa!!!

No comments:

Post a Comment