counting days

Followers B2B

Friday, March 29, 2013

D.I.Y: Hantaran Asam Garam Gula orang PERAK

Ramai yang dah lupa dengan adat yang satu nie. Kenapa orang dulu2 mesti akan sertakan garam, gula dan asam bersama cincin atau tepak sireh ketika meminang??

Dipercayai, lumrah dalam perkahwinan... ada rasa manis, masin dan masam. Pahit??? Nauzubillah...dielakkan la kalau boleh. So, macam mana nak gubah asam, garam, gula nie mengikut cara orang dulu2..tapi dimodenkan sedikit??? hehehe zaman sekarang ni, semua letak dalam cawan jer..abes cite. Tapi, yang unik nya tentang cara dulu2, kita kena ambil tahu jugak..especially... ORANG PERAK ye..



GULA = LABU
GARAM = BAWANG PUTIH
ASAM KEPING = BUNGA


Ini bahan2 nya.. asam keping, garam, gula.

Plastik pembungkus tesco, dawai saiz 28, daun labu, getah, gunting dan pita pelekat color putih, kuning, hijau.


Letakkan gula atas plastik tesco dan bungkus.


Ikat dengan getah.


Guna getah untuk bentukkan alur seperti labu untuk gula..dan bawang putih bagi garam.

Balut dengan pita pelekat putih untuk bawang putih

Balut dengan pita pelekat kuning dan hijau untuk labu..

Untuk asam keping, balut dengan plastik, lilitkan dengan pita pelekat kuning dan bentukkan seperti bunga. Letak daun labu..lilitkan bagi kemas. Letak bekas cincin. Jadilah seperti di atas. Nampak macam susah..tapi dalam 3 jam, siap semua. Sorry, gambar macam tak lengkap sangat, harap apa yang saya sempat snap ni membantu.




1 comment: