1. DULU: Calon pasangan ditentukan oleh keluarga.
KINI: Calon pasangan kita yang cari sendiri
2. DULU: Baju pengantin semua berasaskan songket dan kebaya.
KINI: Baju pengantin lebih modern dan ala2 dress..
3. DULU: Kalau boleh, semua nak guna tekat tenun.
KINI: Cadar, baju, langsir semua nak guna lace, chiffon..
4. DULU: Semua persiapan perkahwinan buat sendiri..baju, pelamin, bunga telur..
KINI: Semua order..bayar!
5. DULU: Kalau kahwin, time tu la nak gotong-royong, rewang2..
KINI: Catering jek!
6. DULU: Belanja kawen tak sampai rm10k pun.
KINI: RM25k pun belum tentu cukup.
7. DULU: Sebelum majlis bersanding, kena lalui majlis merisik, bertunang, malam berinai, kecil, besar...
KINI: Buat semua sekali serentak jer..jimat kos.
8. DULU: Majlis buat kat rumah.
KINI: Majlis buat kat dewan, hotel, tepi swimming pool, garden..baru vogue!
9. DULU: Sebelum kawen, malu2..atas pelamin pun tak berani nak angkat muka.
KINI: Waktu bersanding pun pengantin boleh buat peace hehe
10. DULU: Lagi ramai jemputan, lagi meriah..lembu tumbang 2,3 ekor..
KINI: Hmm..close ceremony..jemput kenalan terdekat sudah.
11. DULU: Meriah dengan kugiran..satu kampung boleh cha-cha
KINI: Karoke je laa...kompang pun kadang-kadang tak ada.
12. DULU: Kalau majlis kahwin, mesti dapat telur.
KINI: Susah nak jumpa telur. Yang selalu dapat, muffin, sweet, cupcake..etc
13. DULU: Kita mendahulukan yang wajib. Buat ala kadar sudah..
KINI: Yang x wajib dan yang wajib..sama2 penting.
14. DULU: kalau ada gambar kahwin pun, setakat 10-20 keping jer.
KINI: Untuk gambar kahwin jer.. ada pre wed, nikah, respsi, majlis bertandang, outdoor, post-wed..haaaaaa amek kaw.
15. DULU: Malam pertama pengantin penuh adab..malu..sopan.
KINI: Dalam gambar, depan khalayak ramai pun jadi buat free show..huuu
Hmm..dulu ke sekarang, apa yang penting perkahwinan kita mesti mengikut hukum syara'..cara ISlam. Jangan berlebihan dan kalau boleh, kegembiraan kita tu dapat dikongsi oleh semua orang yang meraikan. Jangan menyesal kemudian hari. Belanja pada yang perlu, jimat-cermat untuk kehidupan selepas berkahwin. Saya suka dengan adat kita yang dahulu, dalam masa yang sama nak suntik elemen moden dalam majlis saya nanti. Hmmm...dah ada idea dah hehehehe
No comments:
Post a Comment