counting days

Followers B2B

Sunday, December 30, 2012

Progress: 11 Months & 7 Days...

Update! Update!

Alhamdulillah..sepanjang beberapa minggu menyepi dari blog, hari ni nak update.
Dah selesai banyak benda.

1. Vendor: Include pelamin nikah, sanding, catering, make up dan busana. wiwit...~~
2. Videographer: Ambil dengan bicaralensa. http://bicaralensa.blogspot.com/ Dah tengok vid deorang.. not bad! recommended!
3. Homestay: Dah aim nak stay Hotel. Tapi tak boleh booking lagi sebab awal sangat hehe

Next:
1. Tiket flight
2. kad kahwin
3. Tempah baju risik dan tunang
4. Jahit veil
5. Doorgift
6. Bunga telur
8. Hantaran dan gubahan

Yeeehaaaaa!!!!!!

Sunday, December 9, 2012

BUTIK PENGANTIN di IPOH

Hai. Nak update.. Entry kali nie pasal VENDOR a.k.a wedding planner a.k.a butik pengantin kat area ipoh.

Semalam saya gi survey lagi beberapa butik yang ada kat ipoh. So far, in yang saya dapat..roughly untuk perkahwinan yang saya rancang.

ZAHA Wedding Planner: pelamin biasa jer dah rm8k..

Butik Nasha (che det) : pelamin jer dah rm11k..

Sweet Memory: So far..OK. Tak sampai 20k untuk belanja keseluruhan.

AYU Wedding Planner: Tak sampai 20k jugak. Pelamin Murah. Cuma, baju..biasa2 jer..

Izzi Wedding Planner: Mahal jugak. Tapi pelamin memang cantik.. 

Sinarseri Pesona: Tak best walaupun murah.

Haifa bridal: Hmm... Harga..not bad. Ok la..

Korang tau mana2 lagi butik pengantin yang best kat ipoh??? Share yer...

Perkahwinan DUlu dan KINI..

1. DULU: Calon pasangan ditentukan oleh keluarga.
    KINI: Calon pasangan kita yang cari sendiri

2. DULU: Baju pengantin semua berasaskan songket dan kebaya.
    KINI: Baju pengantin lebih modern dan ala2 dress..

3. DULU: Kalau boleh, semua nak guna tekat tenun.
    KINI: Cadar, baju, langsir semua nak guna lace, chiffon..

4. DULU: Semua persiapan perkahwinan buat sendiri..baju, pelamin, bunga telur..
    KINI: Semua order..bayar!

5. DULU: Kalau kahwin, time tu la nak gotong-royong, rewang2..
    KINI: Catering jek!

6. DULU: Belanja kawen tak sampai rm10k pun.
    KINI: RM25k pun belum tentu cukup.

7. DULU: Sebelum majlis bersanding, kena lalui majlis merisik, bertunang, malam berinai, kecil, besar...
    KINI: Buat semua sekali serentak jer..jimat kos.

8. DULU: Majlis buat kat rumah.
    KINI: Majlis buat kat dewan, hotel, tepi swimming pool, garden..baru vogue!

9. DULU: Sebelum kawen, malu2..atas pelamin pun tak berani nak angkat muka.
    KINI: Waktu bersanding pun pengantin boleh buat peace hehe

10. DULU: Lagi ramai jemputan, lagi meriah..lembu tumbang 2,3 ekor..
     KINI: Hmm..close ceremony..jemput kenalan terdekat sudah.

11. DULU: Meriah dengan kugiran..satu kampung boleh cha-cha
      KINI: Karoke je laa...kompang pun kadang-kadang tak ada.

12. DULU: Kalau majlis kahwin, mesti dapat telur.
      KINI: Susah nak jumpa telur. Yang selalu dapat, muffin, sweet, cupcake..etc

13. DULU: Kita mendahulukan yang wajib. Buat ala kadar sudah..
      KINI: Yang x wajib dan yang wajib..sama2 penting.

14. DULU: kalau ada gambar kahwin pun, setakat 10-20 keping jer.
     KINI: Untuk gambar kahwin jer.. ada pre wed, nikah, respsi, majlis bertandang, outdoor, post-wed..haaaaaa amek kaw.

15. DULU: Malam pertama pengantin penuh adab..malu..sopan.
     KINI: Dalam gambar, depan khalayak ramai pun jadi buat free show..huuu

Hmm..dulu ke sekarang, apa yang penting perkahwinan kita mesti mengikut hukum syara'..cara ISlam. Jangan berlebihan dan kalau boleh, kegembiraan kita tu dapat dikongsi oleh semua orang yang meraikan. Jangan menyesal kemudian hari. Belanja pada yang perlu, jimat-cermat untuk kehidupan selepas berkahwin. Saya suka dengan adat kita yang dahulu, dalam masa yang sama nak suntik elemen moden dalam majlis saya nanti. Hmmm...dah ada idea dah hehehehe


Thursday, December 6, 2012

Checlist Persiapan Majlis

Untuk melancarkan majlis, kita perlu menyediakan beberapa checklist.

1) Checklist-Budget
2) Checklist-Persiapan
3) Checklist-Progress
4) Checklist-Tugasan/Pembahagian Kerja
5) Checklist-Tetamu

Hari ni, saya share Checklist Persiapan Majlis ya..boleh copy kalau nak. Kalau nak softcopy, tinggalkan email, saya email pada korang yer.



1 year to go...yippie!

Checklist 1 tahun sebelum majlis..

1) Dewan: Booked
2) Photographer: Booked
3) Vendor: Survey (2)
4) DIY-Crepe Paper: Booked
5) DIY-Paper Shaper: Done
6) DIY-Sticker: Survey (2)
7) DIY-Veil: Lace (Done)
8) Guest list: List of my friend
9) DJ: Booked
10) Logo: In progress
11) Homestay: Survey (3)
12) Overall Budget: DONE
13) Barang hantaran- Telekung: DONE!
14) Theme E-DAY: Done
15) Theme S-DAY: Done
17) Theme W-DAY: Done


Dah nampak banyak perkembangan.

Tuesday, December 4, 2012

Scaloped Paper Shaper

Yeah!!!!!!! Dah sampai dah barang yang dipesan. Brand EK, saiz 1.5inch. Saya order kat http://www.scrap-n-crop.com/ .Kalau berminat, boleh tengok page tu..murah je, tak sampai rm70 taw. Kerja2 DIY dah boleh dimulakan. Jum tengok benda ajaib nie hehe..



Macam-macam boleh dibuat dgn paper shaper nie..nanti kite tengok apa hasilnya. daaaa!!!!!!

Monday, November 19, 2012

1 YEAR & 11 DAYS TO GO..


1) Tarikh: Confirmed
2) Photographer: Booked
3) Konsep Hantaran: Confirmed
4) Color Theme E-Day: Not yet!
5) Color Theme Solemnization: Confirmed
6) Color Theme Reception: Confirmed
7) Barang hantaran: Alat solek, Belt+Wallet (2 done!)

CHECK LIST BUJET

CONTOH CHECKLIST BUJET PERKAHWINAN UNTUK 3 EVENT..CONTOH JE YA!

Kalau nak softcopy, tinggalkan email..nnt sy email kan. Sharing is caring :)





list blog mesti tengok!!!!

1) http://mohdrazali.com/  (FOTOGRAFI)











Kalau korang blur2 pasal wedding, tengok blog/website kat atas, mesti korang akan dapat serba-sedikit idea untuk majlis perkahwinan. Macam saya la..hehehe =)

Tips sebelum menggubah hantaran

Ada beberapa step yang MESTI kita ambilkira sebelum memulakan kerja2 menggubah hantaran JIKA memilih kaedah DIY..

1) PILIH WARNA TEMA: penting sebab apabila kita dapat je tarikh, benda pertama kita akan fikir adalah..warna tema. trust me! hehe

2) PILIH KONSEP BUNGA: semua jenis gubahan kat dunia nie mesti akan gunakan bunga. Dah memang menjadi lumrah. Jadi, pilih 1 ikut hati, mana berkenan..cari yang simple kalau kesuntukan masa. Tapi, kalau ada berbulan-blan untuk prepare, boleh pilih bunga yang complicated siket.

3) BERAPA DULANG HANTARAN??: Jumlah dulang ni penting sebab nak tentukan, sama ada kita nak gubah secara crowded atau gaya ringkas. Kalau jumlah dulang lebih daripada 13, saya nasihatkan cari gaya yang ringkas dan jimat kos.

4) PILIH BASE: Apa itu base? Maksud saya kat sini, ada yang guna lapik dulang, styrofoam, bantal, bakul rotak, bakul besi..semua bergantung pada bujet masing2. Tapi, kalau yang bnak gaya mewah, tak perlu gunakan dulang..boleh ganti dengan bakul besi berkaki, sangkar atau bakul2 style yang berkaki..banyak pilihan dah sekarang sebab memudahkan bila nak angkat nanti. KELEMAHANNYA, susah nak simpan selepas digunakan nanti..take notes!

5) TIMING & PLANNING: Sebaik-baiknya, bermula sekurang-kurangnya 6 bulan awal untuk pilih tema, konsep, buat bunga sendiri, survey bakul atau base form..3 bulan sebelum majlis, barulah kita mula membeli barang-barang hantaran sedikit demi sedikit. Ingat!! Gubah mengikut barang hantaran, bukan beli barang hantaran mengikut gubahan..thats the procedure untuk elak pembaziran! PERFUME, JAM mesti beli lewat untuk menjaga kualiti barang tersebut.

6) ADVICE: Kalau nak jimat kos, gunalah styrofoam base, balut dengan kain linen atau satin. Bentuk? terpulang. Kemudian, beli stock barang2 gubahan ini in bulk..jangan beli satu2, mahal dan bazir. One more thing, kalau beli siket2, takut stock habis..mengganggu kerja2 menggubah.


GOOD LUCK! Nanti saya share, hasil kreativiti saya di lain entry. Daaaaaaaa!!!

Sunday, November 18, 2012

"photographer- sweetpictures"

Ini salah satu favourite photographer saya. http://www.sweetpictures.com.my/
Boleh tengok link yang saya bagi kat atas. Seperti nama, gambar pun sangat sweet jugak.. clear dan tak terlalu nampak edit. 

Macam mana nak nilai sesebuah gambar? Mudah sahaja.. 1st thing, tengok lighting..kalau terlebih tu..maksudnya edit la. Then, tengok struktur kulit wajah, kalau yg licin sampai tak nampak liang roma, dah sah2 hasil edit. Ketiga, sharp atau blur..kalau imbalance antara dua elemen ni, akan menampakkan kesan edit terlampau jugak.

Bukan nak cakap, edit gambar ni tak cantik atau tak bagus..perlu, tapi jangan sampai mengubah 100% emosi, maksud dan imej gambar tersebut. 20-30% dah cukup. Setiap gambar ada makna tersendiri. Jadi, jangan sampai ia hilang. Berbalik pada "sweet pictures", gambar cun. Ada pakej untuk video jugak.
Nak tengok????? Jum!!!!!

























"photographer- asmady ahmad"

Saya nak perkenalkan seorang lagi photographer dengan pakej menarik..buat yang masih tercari-cari photographer terbaik untuk hari bahagia anda. Boleh refer page beliau: studioaston. FYI, dia nie one of photographer untuk wedding ayu raudhah.. Di bawah, antara hasil sentuhan beliau...















\






Gubahan Hantaran Bantal

Have you heard about this? Saya dah survey, kebanyakan gubahan hantaran eksklusif menggunakan bantal. And the best part is, senang jer nak buat bantal tu sendiri. DIY. Cuma kena pandai pilih material, sesuaikan dengan saiz barang2 hantaran nanti. Konsep crepe flower tak lari..mesti masukkan sekali.. Sekarang belum start dengan gubahan, baru cari material. Once dah mula, saya upload step by step untuk share dengan semua.. ^^,V...... lets have a look at these pics.

KAIN LINEN

KAIN QUODROY

KAIN THAI SILK

KAIN SATIN