counting days

Followers B2B

Friday, April 20, 2012

Henna & Inai


Saya suka tengok inai henna pada tangan dan kaki pengantin. Pada mata saya, nampak seksi dan menyerlah. Inai yang ringkas macam amalan nenek moyang pun cantik jugak. Simple, kemas dan naik seri. Apa beza henna dan inai?

Haa..meh sini saya terangkan. Inai ni biasanya yang ditumbuk atau digiling dan diletakkan pada jari-jemari si pengantin. Warna inai selalu nya lebih merah, bergantung juga pada warna darah. Ada juga yang letak inai pada rambut untuk mewarnakan uban. Sebab dalam Islam, haram mewarnakan rambut dengan warna hitam atau sebarang pewarna yang air tidak boleh menembusinya. Itu berdasarkan kefahaman dan bacaan saya.

Henna pula biasanya diamalkan oleh kaum india, seni inai yang dilukis dengan pelbagai corak abstrak mahupun bunga-bungaan dengan menggunakan alat khas yang runcing dihujungnya. Takut ada yang salah faham. Henna atau inai adalah sama sekali berbeza dengan tatu. Tatu adalah bersifat kekal dan haram dalam islam. Henna dan inai biasanya hanya dapat bertahan paling lama pun sebulan kot.

Diingatkan, saya pernah membaca hukum untuk lelaki memakai inai adalah haram kerana menyerupai perempuan kecuali dalam keadaan darurat. Boleh dapat penerangan lanjut di blog lain atau merujuk pada yang pakar. Saya sekadar berkongsi tentang apa yang saya pernah baca dan dengar.


..Berinai pada dua tangan dan kaki bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram kecuali kerana darurat seperti berinai untuk berubat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Salma, khadam Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya:

Maksudnya

“Tidak mengadu seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang sakit di kepalanya melainkan Baginda berkata: “Berbekamlah”, dan tidak mengadu seseorang kepada Baginda tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan Baginda berkata: “Inaikanlah keduanya”.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Manakala berinai pada uban dan janggut adalah disunatkan bagi lelaki, sama ada dengan warna merah atau kuning. Akan tetapi bukan dengan warna hitam,kerana berinai dengan warna hitam adalah haram sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya:

“Dibawa Abu Quhafah pada hari penaklukan Makkah ke hadapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaghamah (sejenis tumbuhan bunga dan buahnya berwarna putih seperti putih uban). Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ubahkan (warna rambut dan janggut) kamu dengan sesuatu dan jauhi (warna) hitam.”(Hadis riwayat Muslim).

Apa hukum memakai inai? Ok, saya ada baca dari satu blog ni. Penerangannya memang baik dan meyakinkan. Boleh baca kat bawah ni:

Berinai Dengan Membuat Ukiran Di Tangan
Berinai yang disunatkan bagi perempuan yang bersuami yang ingin melakukan ihram atau tidak dan perempuan yang tidak bersuami yang ingin melakukan ihram ialah dengan cara menginai seluruh tangan hingga pergelangannya dan disunatkan juga menyapu sedikit inai pada mukanya.
Adapun berinai dengan membuat ukiran di tangan pula, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah ada menyebutkan perkara ini di dalam kitabnya, Tuhfah al-Muhtaj ‘ala Syarh al-Minhaj, katanya:


Ertinya:

“Dan tidak disunatkan baginya (perempuan yang bersuami yang tidak melakukan ihram) berinai dengan membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi, bahkan haram melakukan salah satu daripada cara sedemikian bagi perempuan yang tidak bersuami dan bagi isteri yang tidak mendapat keizinan suaminya.”

Berdasarkan petikan di atas, jelas bahawa hukum berinai dengan membuat ukiran bukanlah cara yang disunatkan, bahkan perbuatan itu haram dilakukan bagi perempuan yang tidak bersuami dan juga bagi perempuan yang sudah berkahwin yang tidak mendapat keizinan suaminya. Namun jika suami mengizinkannya, makruh jika isteri melakukan yang sedemikian itu.

Selain daripada membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi juga merupakan cara berinai yang tidak dibenarkan oleh syarak.Walau bagaimanapun menurut Ibnu Rif‘ah Rahimahullah, apa yang dimaksudkan dengan berinai di hujung-hujung jari yang diharamkan itu adalah menginai hujung-hujung jari dengan inai yang berwarna merah dan dicampur dengan yang berwarna hitam.

Jika menginainya hanya dengan inai yang berwarna merah, maka yang sedemikian adalah dibolehkan. Begitu juga dibolehkan ukiran yang dibuat dengan inai (warna merah) sahaja menurut Ibn Qasim al- ‘Abbadi Rahimahullah.

Kesimpulannya, Islam tidaklah melarang umatnya untuk berhias selama mana berhias itu selari dengan apa yang disyariatkan syara‘. Termasuk dalam hal inai, Islam telah memberikan garis panduan tertentu mengenai cara berinai seperti larangan berinai dengan warna hitam dan waktu yang dibolehkan untuk berinai seperti sunat bagi perempuan berinai ketika berihram.

sumber: http://macamacamla.blogspot.com/2012/04/hukum-menggunakan-inai.html

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Saya nak highlight KESIMPULAN daripada ulasan dan penerangan di atas, Berdasarkan petikan di atas, jelas bahawa hukum berinai dengan membuat ukiran bukanlah cara yang disunatkan, bahkan perbuatan itu haram dilakukan bagi perempuan yang tidak bersuami dan juga bagi perempuan yang sudah berkahwin yang tidak mendapat keizinan suaminya. Namun jika suami mengizinkannya, makruh jika isteri melakukan yang sedemikian itu. Oleh itu, kepada yang berhajat nak pakai inai lukis atau henna, please make sure:

1) Mendapat keizinan daripada suami anda
2) Bahan inai yang digunakan adalah halal dan berwarna merah
3) Lukisan atau corak tidak mempunyai motif tertentu yang bertentangan dengan hukum syara'
4) Janganlah berlebih-lebih dalam berinai. Cukup untuk tatapan suami dan berhias.

Sekian, terjawab sudah segala persoalan. Boleh lah memakai inai dengan penuh yakin dan teruja. Jum, sharing!! Ini antara corak henna yang saya dah berkenan. Boleh tiruuuuuuuuuuuuuuuuuu..yeehaaa!!




Cantik! Cantik! Cantik!



Inai Ayu raudhah pakai ni paling cantik..pada mata saya la.





Inai kaki corak ni simple..ok la untuk orang melayu kan? ehehee





Corak ni nampak crowded tapi bila dah siap dan dalam gambar, lawa pulak dah.



ni pon cantiks..tertarik wo!!


Biasanya, pelukis inai henna ni ada kat tiap2 negeri. Tapi kalau nak yang terbaik, kadang-kadang kena import dari negeri lain..selalu terjadi kan? hehe kena bayar extra utk kos transport dan penginapan. hmm..tak jumpa lagi pelukis henna best2. Akan berusaha mencari...mesti ada punye. Chaiyo'2!!

No comments:

Post a Comment