counting days

Followers B2B

Showing posts with label DIY Hantaran. Show all posts
Showing posts with label DIY Hantaran. Show all posts

Wednesday, September 10, 2014

Kami Mencari Agent Dropship dan Reseller Tudung Halfmoon

Bismillahirrahmanirrahim..

GOOD NEWS!!!!
Hijabista Unimas kini sedang mencari ejen dropship dan reseller tudung-tudung dalam koleksi kami.
Semua layak untuk memohon..namun keistimewaan buat pekerja government, pelajar serta peniaga yang mempunyai butik termasuk butik online.

Komisen atau margin keuntungan adalah berpatutan mengikut harga tudung.

jika berminat, boleh whassap 0139969579 atau pm hijabista unimas.

LUV u all..mmuah2!!


KOLEKSI TUDUNG HALFMOON PEARL GORGEOUS

SEKARANG NI, dah jadi in trend.. halfmoon dengan manik lip lap lip lap, pearl pelbagai saiz.. lace, sequin.. macam2.. harga pun range dari rm50-rm90. perghhhhh!!!

Saya nak bagi panduan membeli tudung halfmoon atau wide shawl dengan bijak. Sebagai peniaga dan pembeli tegar ONLINE, bagi saya perkara2 ni sangat penting.

1) Tengok material.. chiffon georgette?? yang itu high quality. selalunya produk dari vietnam, bukan dari china atau siam.

2) Tengok cara promosi. Maksudnya, cara ambil gambar.. kalau tengok model tu cun sangat, macam copycat orang punya, mesti ejen dropship atau orang tengah. So harga akan luar biasa mahal.

3) Tengok cara peniaga approach. kalu sombong, kedekut dan tak mahu beri diskaun, lupakan je la.. sebab peniaga macam ni hanya pentingkan untung dari kepuasan hati customer.

4) Harga yang ditawarkan. Harga memang berbeza-beza.. if ada peniaga yang bagi diskaun kat postage tu, memang bagus sangat la.. sebenarnya, harga halfmoon pearl atau manik2 gorgeous ni.. high quality kalau dapat bawah rm60.. anda dah jumpa lubuk shopping la. Di butik2 ada nama, brand deorang yang buat harga tudung jadi melampau naik.. so, boleh jalinkan hubungan mesra dengan peniaga tu kalau dah jumpa lubuk best..heee

5) Siapa peniaga?? kalau dia jual produk yang dia sendiri pakai, maksudnya produk tu bagus. tudung tu best la!! tapi kalau dia x pakai, itu tanda sebaliknya.

Saya dah 4 tahun berniaga online..memang best. Cuma onn off..bergantung kepada masa yang ada.
Siapa berminat boleh view page HIJABISTA UNIMAS. 

sekarang tengah ada sale.. MEGA SALE!!!

MEGA SALE by Hijabista unimas.. semua halfmoon gorgeous berharga rm49 only. Ada tudung aj jugak.. boleh view page atau whassap 0139969579.











LEPAS NI, saya akan selalu update kat blog usang saya ni yer.. heeee... biasa la..dah kawen. xde masa nak update blog.


daaaaa....



Sunday, May 12, 2013

DIY Bantal Hantaran Part 1

Seperti dalam entry sebelum ni, saya memang decide nak buat hantaran guna bantal. So, dah buat 8 bantal sepanjang weekend ni. Tak susah pun. You should give it a try. 1st trial memang hampeh siket. Hahahaha comot. Tapi, lepas-lepas tu, in sha Allah ok. Step sama je macam bloggers lain.

TIPS:

1) Better potong bucu kain dan span sebelum lipat dan gam guna glue gun..untuk kekemasan.
2) Potong bahan siap-siap dulu, baru mula buat bantal..
3) Jangan kedekut fiber sebab nanti tak gebu, tak cantik.
4) Jangan terlalu gebu, tak cantik jugak..barang susah nak stabil bila letak atas bantal nanti.
5) Gunakan kain yang susah kedut dan shiny.


BAHAN-BAHAN:

1) Papan lapik kek 14" (petak)
2) Kain 2.5m, bidang 60" (cari kat bahagian ramnent kain langsir..murahh..)
3) Span 6mm (Beli kat semua house..biasanya, 1 ikat muat 8 bantal saiz 14")
4) Polyester fiber 1kg (lebih baik dari kekabu)
5) Gunting TAJAM
6) Glue Gun

Papan kek 14" (gold)

Terbalikkan papan. Letak atas span, lebihkan 2" setiap sisi dan potong.

Gam guna glue gun. Jangan tarik span rapat pada sisi papan, biar ada lebih sebab nak letak kekabu..need more space untuk bagi gebu.

Masukkan fiber sampai full. Jangan overload ye.
Potong lebihan span untuk kekemasan

Hasilnya, macam nie...

Ulang step yang sama untuk balut dengan kain. Bezanya, mesti lebih kejap, rapat dan kemas.

Tadaaa...dah siap.

Yang ni banyak-banyak..


NEXT TIME, KITA BELAJAR MACAM MANA NAK HIAS PULAK...STAY TUNED!!






Sunday, April 21, 2013

Progress

Semalam jalan-jalan kat Alamanda. terjumpa dengan satu benda nie.


Tengok-tengok, ada pulak diskaun 50%. tanpa berfikir panjang, terus grab. berbaloi-baloi..Dah ada bekas untuk letak cincin dan gelang untuk majlis akad nanti.

Eksklusif dengan harga murah ;)

Friday, March 29, 2013

D.I.Y: Hantaran Asam Garam Gula orang PERAK

Ramai yang dah lupa dengan adat yang satu nie. Kenapa orang dulu2 mesti akan sertakan garam, gula dan asam bersama cincin atau tepak sireh ketika meminang??

Dipercayai, lumrah dalam perkahwinan... ada rasa manis, masin dan masam. Pahit??? Nauzubillah...dielakkan la kalau boleh. So, macam mana nak gubah asam, garam, gula nie mengikut cara orang dulu2..tapi dimodenkan sedikit??? hehehe zaman sekarang ni, semua letak dalam cawan jer..abes cite. Tapi, yang unik nya tentang cara dulu2, kita kena ambil tahu jugak..especially... ORANG PERAK ye..



GULA = LABU
GARAM = BAWANG PUTIH
ASAM KEPING = BUNGA


Ini bahan2 nya.. asam keping, garam, gula.

Plastik pembungkus tesco, dawai saiz 28, daun labu, getah, gunting dan pita pelekat color putih, kuning, hijau.


Letakkan gula atas plastik tesco dan bungkus.


Ikat dengan getah.


Guna getah untuk bentukkan alur seperti labu untuk gula..dan bawang putih bagi garam.

Balut dengan pita pelekat putih untuk bawang putih

Balut dengan pita pelekat kuning dan hijau untuk labu..

Untuk asam keping, balut dengan plastik, lilitkan dengan pita pelekat kuning dan bentukkan seperti bunga. Letak daun labu..lilitkan bagi kemas. Letak bekas cincin. Jadilah seperti di atas. Nampak macam susah..tapi dalam 3 jam, siap semua. Sorry, gambar macam tak lengkap sangat, harap apa yang saya sempat snap ni membantu.




Tuesday, January 22, 2013

DIY- Bunga Telur

yeeeeeeeeehaaa!!! Crepe paper sudah sampai.. warna..memang TIP TOP! MINE, 6 COLORS!!
Memang macam yang saya nak. Boleh la mulakan aktiviti DIY..

Nak upload gambar..tapi..
nanti TAK SURPRISE la..dah taw color. ehehehe

Kalau ada yang nak beli borong..hmm..boleh refer kod di bawah yer.


nak tahu harga..tinggalkan email. murah2 jer kalau nak beli banyak. Minimum 10 keping each color.

daaaaaaaa......