counting days

Followers B2B

Showing posts with label Tips dan Info. Show all posts
Showing posts with label Tips dan Info. Show all posts

Friday, November 7, 2014

CARA MASUKKAN PAGE FACEBOOK DALAM BLOG




2) Pilih lah nak buat Profile Badge, Like Badge, Photo Badge atau Page Badge. 
Contoh kita pilih Profile Badge.




3) Katakan kita pilih Profile Badge. Nanti page akan keluar seperti di bawah ni. 
Kalau nak edit badge boleh click 'Edit this badge', button sebelah kanan atas tu. 
Kemudian pilih nak letak Facebook Badge ni kat mana. 
Blogger? TypePad? atau Others??? Pilih lah mana-mana ya. 
Contohnya kita pilih Blogger.




4) Katakanlah kita pilih 'Blogger', skrin akan paparkan page macam di bawah ni. 
Dalam page ni kita just 'Select a blog' danletak nama dalam ruangan 'Title' tu. 
Nama boleh letak apa-apa nama. Ikut suka hati lah.




5) Last, click 'Add Widget'. Done!! Yay...dah siap pun Facebook Badge.. 
Tak susah kan :) Lepas buat semua tadi, kita boleh check di 
website atau blogspot kita.


Wednesday, September 10, 2014

Kami Mencari Agent Dropship dan Reseller Tudung Halfmoon

Bismillahirrahmanirrahim..

GOOD NEWS!!!!
Hijabista Unimas kini sedang mencari ejen dropship dan reseller tudung-tudung dalam koleksi kami.
Semua layak untuk memohon..namun keistimewaan buat pekerja government, pelajar serta peniaga yang mempunyai butik termasuk butik online.

Komisen atau margin keuntungan adalah berpatutan mengikut harga tudung.

jika berminat, boleh whassap 0139969579 atau pm hijabista unimas.

LUV u all..mmuah2!!


KOLEKSI TUDUNG HALFMOON PEARL GORGEOUS

SEKARANG NI, dah jadi in trend.. halfmoon dengan manik lip lap lip lap, pearl pelbagai saiz.. lace, sequin.. macam2.. harga pun range dari rm50-rm90. perghhhhh!!!

Saya nak bagi panduan membeli tudung halfmoon atau wide shawl dengan bijak. Sebagai peniaga dan pembeli tegar ONLINE, bagi saya perkara2 ni sangat penting.

1) Tengok material.. chiffon georgette?? yang itu high quality. selalunya produk dari vietnam, bukan dari china atau siam.

2) Tengok cara promosi. Maksudnya, cara ambil gambar.. kalau tengok model tu cun sangat, macam copycat orang punya, mesti ejen dropship atau orang tengah. So harga akan luar biasa mahal.

3) Tengok cara peniaga approach. kalu sombong, kedekut dan tak mahu beri diskaun, lupakan je la.. sebab peniaga macam ni hanya pentingkan untung dari kepuasan hati customer.

4) Harga yang ditawarkan. Harga memang berbeza-beza.. if ada peniaga yang bagi diskaun kat postage tu, memang bagus sangat la.. sebenarnya, harga halfmoon pearl atau manik2 gorgeous ni.. high quality kalau dapat bawah rm60.. anda dah jumpa lubuk shopping la. Di butik2 ada nama, brand deorang yang buat harga tudung jadi melampau naik.. so, boleh jalinkan hubungan mesra dengan peniaga tu kalau dah jumpa lubuk best..heee

5) Siapa peniaga?? kalau dia jual produk yang dia sendiri pakai, maksudnya produk tu bagus. tudung tu best la!! tapi kalau dia x pakai, itu tanda sebaliknya.

Saya dah 4 tahun berniaga online..memang best. Cuma onn off..bergantung kepada masa yang ada.
Siapa berminat boleh view page HIJABISTA UNIMAS. 

sekarang tengah ada sale.. MEGA SALE!!!

MEGA SALE by Hijabista unimas.. semua halfmoon gorgeous berharga rm49 only. Ada tudung aj jugak.. boleh view page atau whassap 0139969579.











LEPAS NI, saya akan selalu update kat blog usang saya ni yer.. heeee... biasa la..dah kawen. xde masa nak update blog.


daaaaa....



Monday, February 10, 2014

Khidmat Menganalisis Data dan Terjemahan (Translation/Proof Read) ;Profile Company; Resume; Business Plan etc.

Assalamualaikum.

Lama dah tak update blog sejak dah kahwin nie. Sibuk dengan study dan business..tak lupa, menguruskan keluarga..kehidupan baru. heeeee~~

So, sekarang saya dah bukak khidmat menganalisis data..menggunakan spss dan excell untuk final year projek, assignment atau pun tesis. Selain itu, ada juga translation bm-english dan english-bm..proof read pun ada jugak..bayaran murah2 aje...

Translation:
<<50 pages : RM5 per page
>>50 pages : RM3 per page

Proof Read
<<50 pages : RM3 per page
>>50 pages : RM2 per page

Murah kan??? Kalau berminat..tinggalkan email..atau email sahaja saya kalau nak cepat.. shabanunsalwa@gmail.com

kalau nak tolong buat assignment atau projek pun, boleh jugak..harga boleh runding. Resume dan Business plan pun termasuk sekali...siapa berminat just leaeve your email address atau email saya..

daaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Thursday, October 10, 2013

Tempat Ujian HIV untuk Bakal Pengantin a.k.a Raja Sehari

Excited! Excited! Nak isi borang nikah..kena isi cepat-cepat kalau nak booking tok kadi. Semua benda kena booking sekarang, termasuk la TOK KADI. lucu pulak. hehe

Tak sempat nak balik buat kat Ipoh. So, cari la info pusat-pusat kesihatan yang ada menawarkan khidmat ini..valid untuk kahwin ye. Bukan untuk ujian saringan biasa..khas untuk bakal pengantin (walaupun sebenarnya konsep sama je).

Prosedur:

Aku cerita sikit macam mana proses nak buat ujian HIV ni.

Langkah 1 : Pergi ke kaunter pertanyaan/pendaftaran yang ada di klinik. Cakap macam ni " saya nak buat Ujian HIV " . Dia akan kasi borang untuk korang isi. Ala isi nama, alamat bla..bla..bla..

Langkah 2 : korang perlu bayar RM 1.00 sahaja

Langkah 3 : Dia akan minta korang bawa borang yang diisi tadi untuk di bawa ke makmal. Nanti korang perlu letak borang tu dalam bakul. Kalau tak tau nak letak dekat mana tanya orang yang ada kat dalam makmal tu. 

Langkah 4 : semasa di langkah 1 tadi korang akan diberi nombor giliran. tunggu nombor korang dipanggil.

Langkah 5 : bila dah dipanggil dia akan tanya . "NAMA? " kemudian dia akan amek darah, macam nak check kencing manis..cucuk siket je kat jari. bukan macam nak check denggi yer..huuu Tunggu sehingga nama korang dipanggil lagi sekali apabila result dah keluar.

Langkah 6 : bawa result tersebut di kauter utama tadi. dia akan tunjuk kat mana korang perlu bawak keputusan tu. kemuadian borang tu perlu diletak dalam bakul jugak. tunggu sehingga nama korang dipanggil.

Langkah 7 : bila dah panggil amek keputusan dan dah selesai! Selesai kije kiter..boleh balik..submit. kikiki hip2 hoorey!

Jum share..pilih tempat mana korang nak buat..

KL:


MASA : 2.00 petang - 4 .30 petang ( HARI : ISNIN – JUMAAT)
MASA : 2.45 petang – 4.30 petang ( HARI : JUMAAT)

Jabatan Kesihatan DBKL – 03 92845166 * (Hari Rabu Sahaja)
KM 4, Jln. Cheras, Kuala Lumpur

Klinik Kesihatan Kuala Lumpur – 03 26155752
Hospital Kuala Lumpur

Klinik Kesihatan Putrajaya – 03 88883057
No. 1, Jln. Presint 9E, Putrajaya


Poliklinik Komuniti Tanglin – 03 26983311
Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur

Klinik Kesihatan Cheras – 03 91304583
Batu 4 ½, Jln. Cheras, Kuala Lumpur

Klinik Kesihatan Cheras Baru – 03 42946114
Jln. 16, Kg. Ch eras Baru, Off Jln. Ku ari

Klinik Kesihatan Batu – 03 62573355
Batu 4 ½, Jln. Ipoh, Kuala Lumpur

Klinik Kesihatan Petaling Bahagia – 03 77829355
Batu 6, Jln. Puchong, Kuala Lumpu r

Klinik Kesihatan Dato’ Keramat – 03 42573333
Jln. Jelatek, Dato’ Keramat, Ku ala Lumpur

Klinik Kesihatan Kampung Pandan – 03 92810272
Jln. Kg. Pandan, Kuala Lumpur

Klinik Kesihatan Pantai, Bangsar – 03 22881071
Blok C, Wisma Ghoshen, Plaza Pantai, Off Jln. Pan tai Baru, KL

Klinik Kesihatan Jinjang – 03 62583355
No 2, Jln. 4/16, Jinjang Utara Tamb ahan, kl

Klinik Kesihatan Setapak – 03 41425429
No. 26/28, Jln. 9/23A, Medan Makmur, Setapak, KL

Klinik Kesihatan Sentul – 03 40427557
189 , Jln Perhentian, Off Jln. Hj. Salleh, Sentul, KL

Klinik Kesihatan Sungai Besi – 03 90585464
Jalan Besar, Sungai Besi, KL

Klinik Kesiha tan Bandar Tun Razak – 03 91713333
No. 16&18 Jln. Jujur 3 , Bdr. Tun Razak, KL




Tuesday, June 25, 2013

Gigi oh Gigi

Perasan tak, kebanyakkan wanita yang nak berkahwin, mesti akan pakai braces..hehehe saya pun salah seorang daripadanya, kawan2 bloggers pun ada 2,3 orang yang macam tu.. Yang lelaki, tak ramai sebab deorang tak kisah sangat pasat gigi..kikiki

GIGI. sangat-sangat mempengaruhi rupa paras kita. Kalau rupa tak berapa nak cantik, tapi senyum manis, gigi lawa..dah cukup dah. Serius..itu la pemanis, penyeri wajah.

KOS: sekarang, kos paling murah nak pakai braces atas bawah pun, RM4k.. tapi boleh bayar ansur2..

JENIS BRACES: ada macam2 jenis tau, ikut problem gigi jugak. Jenis metal, self ligating, seramik..macam2. Cepat atau lambat gigi bergerak bergantung kepada force dan kadar pertumbuhan tulang individu.


seramic braces..macam tak nampak je kan..mahal nie..

metal braces, jenis yang biasa..boleh pakai getah colorfull..

self ligating..teknik baru..yang ni paling tak sakit.

PROBLEM GIGI: Ada yang jongang atas, jongang bawah, gigi bertindih, gigi jarang, gigi tak teratur..



Saya menulis bukan sebagai doktor gigi, tapi sebagai si pemakai braces. Sebenarnya, pakai braces tak la sakit mana pun. Bila doktor ketatkan dawai, barula rasa sengal-sengal. Tu pun dalam beberapa hari je. Dah lama pakai, dah biasa pun. Mula-mula dulu, sebutan H, S pun problem..hahaha sekarang dah ok dah.

TIPS pakai BRACES:

1- Kena rajin floss..rajin gosok gigi..
2- Kurangkan makan makanan keras2..takut dawai bengkok.
3- jangan postpone appointment..selalunya, appointment kita diatur ikut treatment, pergerakan gigi jugak..
4- Banyak minum air supaya mulut tak kering.
5- Jangan lupa scaling gigi ikut time..



Thursday, June 6, 2013

DIY Bunga Telur Crepe: Part 4 (Style 2)

Ini cara kedua untuk buat bunga telur crepe..


BAHAN-BAHAN:

2 RIBBON 4 KELOPAK, 2 RIBBON 2 KELOPAK.

RANTAI, LIDI, KAIN NET TELUR

BUNGA CREPE SIAP, PITA PELEKAT HIJAU

POLISTERIN

CARA-CARA:
 Step 1: Lilit pita pelekat pada bahagian atas lidi dahulu..untuk bagi bunga melekat dengan kuat. 

Step 2: Cantumkan bunga pada lidi...lilitkan dengan pita pelekat

Step 3: Letakkan ribbon 4 kelopak di sebelah kanan..

Step 4: Letakkan Ribbon 2 kelopak di tengah-tengah kelopak ribbon pertama tadi... 

Step 5: Hasilnya seperti ini...

 Step 6: Ulang cara yang sama untuk sebelah kiri bunga pula...

Step 7: Lilitkan pita pelekat terus hingga ke bawah lidi..

Step 8: Lekatkan rantai dan bunga net bersama seperti dalam gambar..seterusnya, lilitkan  pita pelejat sehingga bawah lidi.

 Step 9: Ini hasilnya..adjust ribbon dan bunga bagi center.

Step 10: Dah banyak-banyak macam nie, nampaklah penuh..ribbon senget siket pun xper..

Step 11: Simpan dalam kotak elok-elok..

.


DIY Bunga Telur Crepe: Part 3 (Cantumkan bunga)

Hari nie, nak tunjuk cantum bunga style 1 dulu..maaf, demo guna bunga tissue biasa jer..nama pun demo kan. hehe

macam dalam entry sebelum nie, kat sini.. ikat ribbon dah belajar cara ikat ribbon..kita sambung guna ribbon tu yer..

Bahan-bahan diperlukan....
2 ribbon 6 kelopak

2 ribbon 2 kelopak..yang biasa punya

Step 1: cantumkan ribbon 6 kelopak di bahgian kiri bunga...

Step 2: Cantumkan ribbon 6 kelopak di bahagian kanan bunga pula..

Step 3: hasilnya seperti ini..

Step 4: Di bahagian tengah, masukkan ribbon 2 kelopak..

Step 6: Masukkan ribbon 2 kelopak di bahagian tengah sebelah lagi..

Step 7: hasilnya begini lah..tadaaaaaaa!!

Step 8: Nampak penuh ribbon di bawha bunga


Selamat Mencuba. :)



Thursday, May 30, 2013

Doorgifts: Transparent Plastic Box

Ramai dah order dengan saya..harga berpatutan, khas untuk b2b budget macam saya nie, TAPI sukakan eksklusif hehe 

BOX macam mana??




2 saiz..berminat, boleh tinggalkan email..kita deal harga..

glass jar pun ada jugak..macam nie..


Harga 70sen jer..murah kan???

Tudung cun melecun

Pernah dengar butik FSchanteque tak?? Jum tengok apa ada jual kat sana..

1) Halfmoon Shawl

2) Tudung awning

3) Shawl

4) Pashmina

5) Inner

6) AKSESORI...

fuiyooo..macam2...hehe promote2..