counting days

Followers B2B

Showing posts with label Hantaran. Show all posts
Showing posts with label Hantaran. Show all posts

Wednesday, September 10, 2014

Kami Mencari Agent Dropship dan Reseller Tudung Halfmoon

Bismillahirrahmanirrahim..

GOOD NEWS!!!!
Hijabista Unimas kini sedang mencari ejen dropship dan reseller tudung-tudung dalam koleksi kami.
Semua layak untuk memohon..namun keistimewaan buat pekerja government, pelajar serta peniaga yang mempunyai butik termasuk butik online.

Komisen atau margin keuntungan adalah berpatutan mengikut harga tudung.

jika berminat, boleh whassap 0139969579 atau pm hijabista unimas.

LUV u all..mmuah2!!


Monday, November 19, 2012

Tips sebelum menggubah hantaran

Ada beberapa step yang MESTI kita ambilkira sebelum memulakan kerja2 menggubah hantaran JIKA memilih kaedah DIY..

1) PILIH WARNA TEMA: penting sebab apabila kita dapat je tarikh, benda pertama kita akan fikir adalah..warna tema. trust me! hehe

2) PILIH KONSEP BUNGA: semua jenis gubahan kat dunia nie mesti akan gunakan bunga. Dah memang menjadi lumrah. Jadi, pilih 1 ikut hati, mana berkenan..cari yang simple kalau kesuntukan masa. Tapi, kalau ada berbulan-blan untuk prepare, boleh pilih bunga yang complicated siket.

3) BERAPA DULANG HANTARAN??: Jumlah dulang ni penting sebab nak tentukan, sama ada kita nak gubah secara crowded atau gaya ringkas. Kalau jumlah dulang lebih daripada 13, saya nasihatkan cari gaya yang ringkas dan jimat kos.

4) PILIH BASE: Apa itu base? Maksud saya kat sini, ada yang guna lapik dulang, styrofoam, bantal, bakul rotak, bakul besi..semua bergantung pada bujet masing2. Tapi, kalau yang bnak gaya mewah, tak perlu gunakan dulang..boleh ganti dengan bakul besi berkaki, sangkar atau bakul2 style yang berkaki..banyak pilihan dah sekarang sebab memudahkan bila nak angkat nanti. KELEMAHANNYA, susah nak simpan selepas digunakan nanti..take notes!

5) TIMING & PLANNING: Sebaik-baiknya, bermula sekurang-kurangnya 6 bulan awal untuk pilih tema, konsep, buat bunga sendiri, survey bakul atau base form..3 bulan sebelum majlis, barulah kita mula membeli barang-barang hantaran sedikit demi sedikit. Ingat!! Gubah mengikut barang hantaran, bukan beli barang hantaran mengikut gubahan..thats the procedure untuk elak pembaziran! PERFUME, JAM mesti beli lewat untuk menjaga kualiti barang tersebut.

6) ADVICE: Kalau nak jimat kos, gunalah styrofoam base, balut dengan kain linen atau satin. Bentuk? terpulang. Kemudian, beli stock barang2 gubahan ini in bulk..jangan beli satu2, mahal dan bazir. One more thing, kalau beli siket2, takut stock habis..mengganggu kerja2 menggubah.


GOOD LUCK! Nanti saya share, hasil kreativiti saya di lain entry. Daaaaaaaa!!!

Sunday, November 18, 2012

Gubahan Hantaran Bantal

Have you heard about this? Saya dah survey, kebanyakan gubahan hantaran eksklusif menggunakan bantal. And the best part is, senang jer nak buat bantal tu sendiri. DIY. Cuma kena pandai pilih material, sesuaikan dengan saiz barang2 hantaran nanti. Konsep crepe flower tak lari..mesti masukkan sekali.. Sekarang belum start dengan gubahan, baru cari material. Once dah mula, saya upload step by step untuk share dengan semua.. ^^,V...... lets have a look at these pics.

KAIN LINEN

KAIN QUODROY

KAIN THAI SILK

KAIN SATIN