counting days

Followers B2B

Sunday, April 14, 2013

Progress: HASIL TANGKAPAN! RESTOCK!

Seperti yang dijanjikan, dah berjaya beli beberapa barang untuk Wedding Preparations. 7 bulan je lagi..kena kejar laju2 nie, hehe Jum tengok jum! Teruja!!!!



1) Rotary Cutter - Benda ni sangat berguna untuk potong kertas, kain cotton, kain net..potongan sharp. hqrga rm36 je. nak yang brand bagus, cari OLFA.  


2) Button untuk corsage dan rozet. kalau ada nak order kat saya pun boleh, saya tolong belikan. Tapi postage tanggung sendiri la yer.

3) Pin ni pun untuk corsage jugak..

4) Kain net untuk bunga telur

5) Rambu Ramba untuk bantal hantaran 

6) Riben untuk bunga telur..

7) refill gam tembak dengan pembaris tebal+lebar

8) Ini kain untuk bantal hantaran. Kain mahal wo! Kualitas punya..tapi dapat murah sebab remnant.. TIPS, cari kat kamdar, bahagian kain langsir..RM5 per meter je.


8) Pearl, benang dan kain felt. Nak order kain felt, atau nak saya belikan pearl, bolleh aje..postage tanggung sendiri.:)

9) Span untuk bantal hantaran....RM7.50. Mahal la. Ada 1 tempat tu, harga RM5 jer..aduhaiii...

Sticker Paper - Mirrorkote (A4)


Ada sesiapa tak yang nak beli sticker paper? Saya nak let go sticker paper saya 1 pack. Bukan sebab kualiti tak bagus. KUALITI SUPERB! Yang x superb nye..my printer. Buat hal pulak. So, nak taknak terpaksa letgo. Huuuuu~~~

Saiz macam nie, bungkusan pun dalam kotak keras macam nie, takkan rosak bila pos.

Harga asal saya beli RM28. Murah je sebab beli kat kedai borong. Tapi saya nak let go RM25 sahaja. Baru sehelai je guna. Kuantiti ada 99pcs lagi. Saiz A4. Mirrorkote..maksudnye sticker paper yang licin punya (cantik).

Apa korang nak buat dengan benda nih??? Haruslah banyak fungsinya..esp utk B2B. Yang mana ada printer, boleh print sticker sendiri untuk DIY doorgift, kad kawen, TQ tag, Badge dll.
So, siapa nak..tinggal email ye. 1st come 1st serve.


Friday, April 12, 2013

Progress: Beli STOCK!!!!!!

Weekend ni ada misi..untuk update progress wedding preparation. Macam makin slow pulak.. Kita upgrade siket kasi laju...hehe 

Kita terjah jalan TAR dengan PC Fair kat KLCC. Jum ramai2..

Dah buat list...ada 17 Items!!!! banyak kan??? Jum review satu persatu..


1) Ribbon (Light purple, dark purple)
2) Kain Net (Gold)
3) Kain Bantal Hantaran (Grey, Blue, Cream)
4) Kertas 120g (Purple) : 2 ream
5) Ink Printer Black & Color: 1 set
6) Button (colorful) : 1 plastic
7) kain felt (purple, gold)
8) Gunting: 11
9) Pearl: (Putih, Cream, Biru, Pink, peach)
10) Pin corsage
11) benang (Biru, putih, Kuning, Purple, Pink, peach)
12) gam uhu
13) Refill Glue Gun
14) Pembaris lebar
16) Span Untuk bantal hantaran
17) Polyester Fiber



HOHOHOHO  harap mission accomplished menjelang ahad!

So, next week boleh update doorgift, bunga telur, hantaran, corsage . By the way, Ilham untuk photobooth dah ada.. TAKNAK buat guestbook. Saya nak photo frame la..heeeeeee~~~


Daaaaaaaaa...









Thursday, April 11, 2013

DIY Doorgift: Origami Kotak Kertas

Semalam dapat ilham untuk doorgift. Macam menarik..dan terus cuba-cuba buat..ngehee..
Ikuti step by step..senang je. Tak perlu gunting2, gam2..just lipat.
GOOD LUCK, guys :)


Guna kertas A4 yang tebal supaya kotak susah kemek.

Lipat seperti ini.

Potong lebihan.



Hasilnya bentuk segi empat sama.

Lipat setiap penjuru ke bahagian tengah.

Hasil seperti ini.

Kemudian lipat dua.

Lipat lagi dua..bahagian lebih kecil. Hasil akan jadi 4 bahagian lipatan.

Cara untuk jadikan 4 bahagian lipatan.

Buka semula dan tukar arah berlainan.

Ulang kaedah yang sama.

Buka satu sudut lipatan.

Lengkukkan kotak ke dalam mengikut ira bahagian yang dah dilipat.

Bentukkan seperti ini.

Tarik ke dalam dan lipat. Ulang untuk bahagian yang bertentangan,

Hasilnya.

tadaaaaaaaa!!!!





Monday, April 8, 2013

Promotion Photobook PIXAJOY

Morning...assalamualaikum.

Hari ni nak share sesuatu yang sangat best.


cuba korang check PIXAJOY. ada promo photobook. hanya RM10 & RM15 jer. Murah giler.

Saya dah beli 1..kikikiki

Kita kena design sendiri guna template yang PIXAJOY sediakan. Just download je. Tapi ok la..so far, ini paling murah pernah saya jumpa. Kalau gambar tunang, pre wed, post wed, anniversary..ok sangat2 nak diabadikan guna voucher nie.




promo sampai 30 PARIL 2013 sahaja. BERBALOI-BALOI....daaaaaaaaaa!!!!

Thursday, April 4, 2013

PROGRESS

Hai. Nak update progress untuk wedding preparation.

So far, dah start kerah tenaga untuk BUNGA PAHAR, KAD KAHWIN, STICKER DOORGIFT & PRE-WED PHOTOSHOOT.

1) Bunga Pahar
- Dah beli lidi, ribbon, crepe paper, dawai, pelilit hijau
- Belum beli: kain net, tambahan ribbon

2) Kad Kahwin
- Dah order Doily Paper
- Dah design, dalam proses touch up
- Looking for printing company yang murah dan berkualiti
- Belum buat: Kad belah lelaki, beli ribbon(guna lebihan bunga pahar pun boleh) ehehe

3) Sticker
- Dah beli paper shaper
- Dah siap design sendiri dengan jayanya
- Nekad nak print sendiri sebab bukan susah pun. JIMAT.
- Sticker Paper pun dah order..100pcs
- Belum buat: hmmm...tinggal nak print and cut je la. :)

4) Pre Wed Photoshoot
- Dah double confirm tarikh dengan abg fotografer
- Lokasi: Penang
- Waktu: Petang hingga Sunset..wiwitttt!!
- Baju 2 pasang. (T shirt putih ayat comel2, seluar jeans biru) (dress+kemeja..warna tak decide lagi)

Berapa bulan lagi nak kawen??? 8 BULAN...huuu~~~

Tuesday, April 2, 2013

Monogram Stamp

Cop! Cop! Cop!

Mesti ramai B2B yang nak buat jugak kan?
Me too..!!!

Siapa yang nak design kat bawah, sila lah save yer. Kalau nak monogram ori..email saya.
No problem at all..

Nanti, boleh add nama/text menggunakan www.bannerfans.com

sangat best taw guna website nie..memudahkan kerja. banyak pilihan jugak.

GOOD LUCK!!!