counting days

Followers B2B

Thursday, March 14, 2013

Hukum Bersanding dan Menepung Tawar

Ini conversation saya dengan mak pada suatu hari....

SAYA: Mak, kalau waa taknak tepung tawar masa wedding nanti, boleh?

MAK: Kenapa pulak? Tak meriah la nanti..

SAYA: Kan dalam ISlam banyak menentang..takut jugak.

MAK: Dari majlis akak2 dulu, ok je. Itu kan adat.

SAYA: Ok, kalau buat jugak..taknak guna beras kunyit. Nak guna air mawar dengan bunga rampai jer..boleh?

MAK: Terpulanglah. Kalau ada lagi meriah.


Hmm..mesti ramai yang mengalami situasi macam saya ni. Antara adat dan agama. Ada blog yang saya baca, semuanya menggariskan hukun bersanding dan tepung tawar ni haram..syirik. Tapi,ada juga ustaz yang bagi ulasan dalam bentuk yang lebih boleh diterima, tidak keras bunyi nya.

"..bersanding hukumnya harus jika tidak mendedahkan aurat, dengan niat untuk memberitahu orang ramai pasangan sudah bernikah, tiada unsur pemujaan dan tiada unsur riak..."

pasal tepung tawar pulak..ada seorang bloggers sudah merujuk hal ni pada ustaz dan ustazah..lepas baca blog nie, rasa lega. TETAPI..saya tetap nak bertanya dengan ustaz sendiri jugak kalau berpeluang. Macam yang kita sedia maklum, ISLAM ni tak menyusahkan kita. Berbalik juga pada niat...DAN kita jugak tak boleh senang-senang menukar hukum.

Soalan daripada pihak aku:
Boleh tak Ustaz kupaskan isu adat merenjis/ tepung tawar. Keluarga saya inginkan adat ini dikekalkan sewaktu walimatulurus saya nanti. Hanya menggunakan bunga rampai dan air mawar. Mereka kata dengan niat suka2 saja. bagi meriah lagi majlis.

Jawapan daripada beliau:
Kalau biasa-biasa saja adalah harus. Tapi kalau ada niat untuk menolak bala atau jampi serapah, adalah haram. Jadi, yang dibuat dalam majlis kawin atau khatan adalah harus, kecuali melampaui batasan syarak.

Kekeliruan ini turut dihuraikan oleh jiran aku.
waktu meeting sempena majlis aku.
Jiran yg juga ustazah.
benda ni semua tak jadi salah pun. yang salah kalau dibaling beras atau segala makanan. kan membazir namanya tu.


So, kalau ada yang nak share info..silakan..

3 comments:

  1. UAI ada gak cakap.. tak salah bersanding dengan tujuan untuk bergambar dan menghebahkan kpd masyarakat yg pasangan ini sudah menikah. bg mengelakkan kekeliruan. yg menjadikan ianya haram bila di baling beras kunyit tu. selain membazir UAI ada jugak ckp yg kita bukan ayam nk di baling beras. bhuahahahaha.. fmly sara pn buat air mawar dgn bunga rampai je. sb itukan wangi.. :D just my 2 cents.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bagus tukar dgn air mawar...wangi lagiii..

      Delete
    2. Setiap perbuatan itu didahulu dengan niat, lebih baik dihindarkan langsung kerana di bimbangi akan jatuh niat bahawa merenjis itu untuk tujuan tolak bala dan kebahagian rumah tangga dan sudah pastu itu menyekutukan Allah. Ada adat yang baik dalam kebudayaan melayu. Mana yang bertentangan maka tinggalkan. tak rugi pun. Selamat dunia dan akhirat.

      Delete