counting days

Followers B2B

Tuesday, June 25, 2013

Gigi oh Gigi

Perasan tak, kebanyakkan wanita yang nak berkahwin, mesti akan pakai braces..hehehe saya pun salah seorang daripadanya, kawan2 bloggers pun ada 2,3 orang yang macam tu.. Yang lelaki, tak ramai sebab deorang tak kisah sangat pasat gigi..kikiki

GIGI. sangat-sangat mempengaruhi rupa paras kita. Kalau rupa tak berapa nak cantik, tapi senyum manis, gigi lawa..dah cukup dah. Serius..itu la pemanis, penyeri wajah.

KOS: sekarang, kos paling murah nak pakai braces atas bawah pun, RM4k.. tapi boleh bayar ansur2..

JENIS BRACES: ada macam2 jenis tau, ikut problem gigi jugak. Jenis metal, self ligating, seramik..macam2. Cepat atau lambat gigi bergerak bergantung kepada force dan kadar pertumbuhan tulang individu.


seramic braces..macam tak nampak je kan..mahal nie..

metal braces, jenis yang biasa..boleh pakai getah colorfull..

self ligating..teknik baru..yang ni paling tak sakit.

PROBLEM GIGI: Ada yang jongang atas, jongang bawah, gigi bertindih, gigi jarang, gigi tak teratur..



Saya menulis bukan sebagai doktor gigi, tapi sebagai si pemakai braces. Sebenarnya, pakai braces tak la sakit mana pun. Bila doktor ketatkan dawai, barula rasa sengal-sengal. Tu pun dalam beberapa hari je. Dah lama pakai, dah biasa pun. Mula-mula dulu, sebutan H, S pun problem..hahaha sekarang dah ok dah.

TIPS pakai BRACES:

1- Kena rajin floss..rajin gosok gigi..
2- Kurangkan makan makanan keras2..takut dawai bengkok.
3- jangan postpone appointment..selalunya, appointment kita diatur ikut treatment, pergerakan gigi jugak..
4- Banyak minum air supaya mulut tak kering.
5- Jangan lupa scaling gigi ikut time..



7 comments:

  1. macam best je pakai.. dila nk jgk pakai.. tp kawan2 ckp gigi dh ok... xaci je..huhu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe dulu, masa mula2 nak pakai, saya buat survey..vote..patut pakai ke tak..tny kat kwn2 n family. doktor saya cakap, kadang2, pakai braces nie bukan untuk kecantikan jer..tapi untuk kesihatan. bila jaw kita tak selari, kita akan rasa lenguh2, susah nak kunyah dan lack of self confidence..

      Delete
  2. sis..kite pakai yg metal tu..ape bezanya ngan self ligating tu ek?
    sekali tgk mcm sama..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. self ligating xde guna getah..just bracket dgn dawai jer..force pun kurang berbanding yg metal..

      Delete
  3. waa.. padat n jelas penerangannya.. ho.. rm4k yea.. kalau buat atas jea berapa lak kos?

    salam.. teman datang curi2 masa kunjungbalas tuan tanah disini.. thanx sudi singgah n baca entri teman yea.. jangan lupa singgah selalu yea.. heee.. salam meriah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan pernah bagitaw, dalam rm2500..tu kat sarwak. semenanjung, x sure pulak. selalunya, doc akan suggest pakai atas bawah..

      Delete
  4. Hai, awak pun pakai braces jugak?
    sama la kita.
    setahun sebelum kawen, saya pakai braces.
    Masa kawen pun pakai jugak.
    Bila pakai braces, lebih berani nak sengih, senyum bagai, dulu2 bergambar selalu tutp mulut rapat2...

    Tentang hal bakul tu, xmampu la saya nak terima order, huhu.
    Dah nak beranak nanti, kang tak siap plak bakul awak.
    Kenduri bulan 12 kan, chayok3x buat persiapan.

    Salam perkenalan dari saya.

    ~Tautan Hati NabilaHasyim~

    ReplyDelete