counting days

Followers B2B

Monday, July 15, 2013

So Sad..BIG PROBLEM. Dewan kahwin dipaksa CANCEL :(

Semalam dapat bad news. Rasa macam nak luruh jantung. Semua B2B mesti akan luruh jantung jugak kalau dengar. Dewan yang saya dah booked tahun lepas, dah kena CANCEL. REASON??? bangunan tu dah diambil oleh perbadanan dan nak dirobohkan. Notis untuk clear kan bangunan sehingga 31 Ogos 2013. So, semua event selepas 31 Ogos akan secara automatik, paksa rela.. cancel!!!!!!

Tak tahu nak kata apa..sebab frust sangat-sangat. rasa macam sia-sia jer usaha buat dari awal. Lebih frust lagi, bila call dewan2 lain, hotel2 yang harganya reasonable..semua dah full siang dan malam..tarikh yang sama. huhuhu besarnya dugaan. Nak tukar tarikh, memang tak dapat la..

On the same day, kad kahwin dah siap cetak. OMG!!! Bertalu-talu dugaan. Tidur macam tak tidur..runsing fikir macam mana nak solve. Nasib la waras lagi...family pun support. Masih usaha cari venue lain. Saya pun banyak doa dan mengadu kat tuhan, baca quran..minta kekuatan.

Pagi ni, dapat ilham lepas geram. No matter what, deorang mesti bertanggungjawab. So far, ada 16 wedding kena cancel sebab notis drastik yang kejam tu. Saya tulis surat aduan ala2 rayuan jugak.. kat Dato' MB, Datuk husni dan CEO Perbadanan. Biar deorang tahu, tindakan deorang membuatkan orang lain dalam masalah besar. macam ditindas pun ada. Mentang-mentang la orang kebanyakkan...

Yang best nye, bila saya suarakan, ramai pulak menyokong. Ada B2b yang akan kahwin di tempat yang sama tapi bulan lain, call saya..nak tulis surat jugak. Sounds good..macam ada harapan je nak dapat dewan tu balik. Pengurus dewan pun menyokong tindakan saya. katanya... "SUARA ORANG AWAM KUAT". Saya ada hak untuk bersuara.

Moga dipermudahkan..saya tak jumpa dewan lain lagi..huhuhuhu

Doakan saya yer...

Thursday, June 27, 2013

Doorgift: Pocket Yasin

Alhamdulillahhh....doorgift saya dah siapp!! yeah!! 
comel lak tue..aduhai..jatuh cinta. Saya nak bagi customized pocket yasin (DIY), kekacang+kurma dari arab dan rempah ratus...kos??? dalam rm1.50 each. So far, yasin dan sticker yang dah siap. Uncang kain net beli nak dekat2 wedding nanti. Kekacang dan rempah ratus pun sama. Mula-mula ingat nak letak dalam box yang saya jual tu, tapi tak muat pulak...



Pocket yasin nie, saya tempah online jer. Saiz 4x3"...hasilnya memang marvelous. Saya tempah 1000keping.  Majlis khatam, berinai, nikah, sanding..semua bagi yasin jer..senang citer. Untuk non muslim, saya standby choc untuk deorang..tapi, tak ramai pun kawan2 non muslim. Yang penting, semua yang datang meraikan, akan dapat ole2 yang sama..tak kira pangkat atau status. heeee~~

Untuk rombongan pengantin lelaki, bagi extra..kacang putih ipoh mali..kita promote ipoh siket. hehe tengok lah macam mana. Masih dalam perancangan lagi..

Tuesday, June 25, 2013

Gigi oh Gigi

Perasan tak, kebanyakkan wanita yang nak berkahwin, mesti akan pakai braces..hehehe saya pun salah seorang daripadanya, kawan2 bloggers pun ada 2,3 orang yang macam tu.. Yang lelaki, tak ramai sebab deorang tak kisah sangat pasat gigi..kikiki

GIGI. sangat-sangat mempengaruhi rupa paras kita. Kalau rupa tak berapa nak cantik, tapi senyum manis, gigi lawa..dah cukup dah. Serius..itu la pemanis, penyeri wajah.

KOS: sekarang, kos paling murah nak pakai braces atas bawah pun, RM4k.. tapi boleh bayar ansur2..

JENIS BRACES: ada macam2 jenis tau, ikut problem gigi jugak. Jenis metal, self ligating, seramik..macam2. Cepat atau lambat gigi bergerak bergantung kepada force dan kadar pertumbuhan tulang individu.


seramic braces..macam tak nampak je kan..mahal nie..

metal braces, jenis yang biasa..boleh pakai getah colorfull..

self ligating..teknik baru..yang ni paling tak sakit.

PROBLEM GIGI: Ada yang jongang atas, jongang bawah, gigi bertindih, gigi jarang, gigi tak teratur..



Saya menulis bukan sebagai doktor gigi, tapi sebagai si pemakai braces. Sebenarnya, pakai braces tak la sakit mana pun. Bila doktor ketatkan dawai, barula rasa sengal-sengal. Tu pun dalam beberapa hari je. Dah lama pakai, dah biasa pun. Mula-mula dulu, sebutan H, S pun problem..hahaha sekarang dah ok dah.

TIPS pakai BRACES:

1- Kena rajin floss..rajin gosok gigi..
2- Kurangkan makan makanan keras2..takut dawai bengkok.
3- jangan postpone appointment..selalunya, appointment kita diatur ikut treatment, pergerakan gigi jugak..
4- Banyak minum air supaya mulut tak kering.
5- Jangan lupa scaling gigi ikut time..



Monday, June 10, 2013

Progress: 5 months 26days

Update! Update!

Seminggu kami keluar ngedate..akhirnya, ada progress. 5 bulan je lagi..dah mula rasa nebes huhu

Barang hantaran dan doorgif:
1) Kasut lelaki- Done
2) Perfume lelaki- Done
3) Handbag Perempuan - Done
4) Perfume perempuan - Done
5) Kemeja lelaki - Done
6) Print yasin (doorgifts) - Done

Masih belum settle..aduhai

1) Tiket flight
2) Booking henna
3) Booking hotel majlis bertandang
4) Booking kompang
5) Booking marhaban
6) Baju family-resepsi

Thursday, June 6, 2013

Pre-Wedding Photoshoot: Beach

Ahaks..ini antara yang dapat share..walaupun penang hujan..alhamdulillah, petang tu, mendung2 jer..matahari pun nampak siket2..berjaya jugak kami buat photoshoot. Tq pada kawan-kawan kat penang dan abg2 OP..gambar memang cun. Tak sabar tunggu gambar-gambar lain..






DIY Bunga Telur Crepe: Part 4 (Style 2)

Ini cara kedua untuk buat bunga telur crepe..


BAHAN-BAHAN:

2 RIBBON 4 KELOPAK, 2 RIBBON 2 KELOPAK.

RANTAI, LIDI, KAIN NET TELUR

BUNGA CREPE SIAP, PITA PELEKAT HIJAU

POLISTERIN

CARA-CARA:
 Step 1: Lilit pita pelekat pada bahagian atas lidi dahulu..untuk bagi bunga melekat dengan kuat. 

Step 2: Cantumkan bunga pada lidi...lilitkan dengan pita pelekat

Step 3: Letakkan ribbon 4 kelopak di sebelah kanan..

Step 4: Letakkan Ribbon 2 kelopak di tengah-tengah kelopak ribbon pertama tadi... 

Step 5: Hasilnya seperti ini...

 Step 6: Ulang cara yang sama untuk sebelah kiri bunga pula...

Step 7: Lilitkan pita pelekat terus hingga ke bawah lidi..

Step 8: Lekatkan rantai dan bunga net bersama seperti dalam gambar..seterusnya, lilitkan  pita pelejat sehingga bawah lidi.

 Step 9: Ini hasilnya..adjust ribbon dan bunga bagi center.

Step 10: Dah banyak-banyak macam nie, nampaklah penuh..ribbon senget siket pun xper..

Step 11: Simpan dalam kotak elok-elok..

.


DIY Bunga Telur Crepe: Part 3 (Cantumkan bunga)

Hari nie, nak tunjuk cantum bunga style 1 dulu..maaf, demo guna bunga tissue biasa jer..nama pun demo kan. hehe

macam dalam entry sebelum nie, kat sini.. ikat ribbon dah belajar cara ikat ribbon..kita sambung guna ribbon tu yer..

Bahan-bahan diperlukan....
2 ribbon 6 kelopak

2 ribbon 2 kelopak..yang biasa punya

Step 1: cantumkan ribbon 6 kelopak di bahgian kiri bunga...

Step 2: Cantumkan ribbon 6 kelopak di bahagian kanan bunga pula..

Step 3: hasilnya seperti ini..

Step 4: Di bahagian tengah, masukkan ribbon 2 kelopak..

Step 6: Masukkan ribbon 2 kelopak di bahagian tengah sebelah lagi..

Step 7: hasilnya begini lah..tadaaaaaaa!!

Step 8: Nampak penuh ribbon di bawha bunga


Selamat Mencuba. :)