counting days

Followers B2B

Tuesday, April 23, 2013

Perlukah berbelanja besar untuk perkahwinan @ wedding??

Hai B2B sekalian.

Pernah terfikir tak pasal isu ni?
Antara yang terlintas dalam fikiran saya bila di propose oleh cik abang sayang..

"berapa budget? sempat ke kumpul? macam mana nak buat belanjawan"

oleh sebab tu, saya google kat internet, tengok macam mana B2B dan X-B2B organize wedding deorang dengan cara masing2. 

selain tu, sambil2 makan kenduri kat majlis kawan2, saya sempat interview jugak..macam mana dengan preparations, budget dan masalah yang deorang hadapi.

jadi, kat sini saya nak share dengan B2B yang terbaca entry nie..

Kesimpulan dari survey saya, rata-rata kos majlis perkahwinan "perempuan" memakan belanja dalam RM22k hingga RM30k...ini yang saya survey untuk tahun 2012 dan 2013.

Ada yang buat majlis di rumah, jemputan sehingga 2000pax, dan di dewan jemptan dalam 1000pax. Jumlah belanja lebih kurang je. Ramai jugak yang cut pada fotografer dan doorgift. Tapi, part makan, memang all out.

Untuk perkahwinan yang terlalu ringkas dengan alasan, "jimat", "tak perlu ikut adat", "janji kawin..".. to me, agak selfish. Tujuan kita buat majlis perkahwinan ini adalah untuk menghebahkab pada orang ramai, meraikan diri sendiri dan keluarga baru serta bersedekah..buat pahala. Benda baik. Kita niat yang baik2 jer.. Biar semua orang yang datang meraikan kita puas hati dengan makanan dan layanan. Bab hiasan, pakaian, doorgift tu...semua boleh kompromi.

Ayat "kahwin hanya sekali..." dah tak boleh diguna pakai..kita boleh berjimat jugak..jimat tapi bukan kedekut. Moto yang saya pakai.. dahulukan yang penting, belanja ikut kemampuan.." hehehehe

Saya punya angan2 tinggi..tapi kalau tak mampu, saya cuba DIY sendiri. Kalau tak mampu jugak..pasrah je la.

Kena beringat juga kehidupan selepas berkahwin..banyak duit nak guna nanti. Tengok balik belanjawan kita..sentiasa update. Makin dekat dengan majlis, jumlah dit digunakan akan bertambah..percayalah. So, bila ada tambah, cuba cut kat part lain. Baru balance...

Tiba-tiba saya tulis entry macam nie..sebab saya stress. Baru simpan duit, dah kena keluarkan untuk belanja itu ini..untuk wedding jugak la. Mula la mencari jawapan untuk soalan kenapa? bagaimana? di mana? hehehehe

Tanya nasihat kawan2 dan orang2 berpengalaman, deorang suruh buat list lagi..tambah tolak balik mana perlu. Jangan terlalu bergantung kepada budget asal. Nanti stress sebab tak jadi seperti dirancang.

Ingat..kita merancang, TUHAN juga yang menentukan. OK, cukup2 la merepeks...daaaaaaaaaaaaaaa.


2 comments:

  1. betul2 cakap wawa... ikut bajet masing2 kn2... klu rasa nk buat mewah, tp bajet ada, go on.. tp, klu rasa nk buat mewah, bajet xada, itu yg pening tu....

    InsyaAllah, niat baik, perancangan baik , InsyaAllah Allah pasti tolong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cik pia..hari2 kena reset minda bak kata prof muhaya..bila dah overbudget, mule la stress.. buat budget baru balik, cut here and there.. getting married is not easy actually..ahahaha

      Delete